RESIDENSI WILAYAH merupakan program perumahan mampu milik yang hanya berfokus di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan sahaja. Residensi Wilayah adalah peningkatan dari segi saiz, kualiti, dan penyiapan yang lebih baik, serta kepadatan yang lebih rendah. Sebagai contoh, Rumawip mempunyai kira-kira 1,200 penghuni setiap ekar, manakala Residensi Wilayah hanya mempunyai 800 hingga 1,000 penghuni setiap ekar.